Sunday, August 29, 2010

:: SaaT DiRumah ::

Assalamualaikum..

alhamdulillah... saat dirumah... menyibukkan diri ngan tolong mak wat kuih.. ^^,

hmm... then jaga abah..

alhamdulillah sgt2 abah da boleh jalan... ta mcm sebelum ni kena pimpin if ea nak gi mane2..

syukur sgt2..

abah pun da bersemangat skit skang ni..

hurm..

ta lama agi da nak raye..

persiapan utk raye pun sederhana jek.. ^^,

mggu depan nak upgrade umah.. hehe..

tak sabar plak nak main air.. banjirkan 1 umah mcm thn lepas...

erm... k,lah... ape2 pun ima nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53...



p/s : sayonara~ ^^,

Monday, August 23, 2010

:: Cuti !! ::


Assalamualaikum...

Hehe... Hati gembira disaat ini~ Lalalalala~

Haish!

Dengan kerjasama antara 1 class nak anjakkan class yg ade pada 1hb ngan 2hb,

kitorang start cuti raye 26hb ogOs nih!

yiPyiP! alik kampung awal....!

Alhamdulillah...

hehe...

tak sabar2 la plak nak alik..

Hopely semuanye dalam keadaan selamat hendakNya..

Amin...~ (^^,)v

Hmm...

Today, takde cerita yang menarik...

oh,ye!

Semalam?

Hmm.. 1 Hari main game spangebob..

hehe... After otak da penat mentelaah..

sO, main game... ^^,

k,lah..time to class...


bye2...

Selamat Menanti Hari Lebaran kwn2!!!




p/s : logout sambil tersenyum... ;p

Friday, August 20, 2010

::Sedih ::



Hmmm...

nak tau??

sedih!!!

Jam tangan ima da analillah da... haish!

Sedih tol!!!!

dah ta bernyawa da..

time saat2 genting gini la ea nak rosak...

Sabar jela...

hmm...

tadi ade praktikal test Object Oriented Programming (OOP)..

Alhamdulillah cording ima menjadi!!! kat bawah ni de ima tunjukkan source code nye..

^^,






SOURCE CODE :


OUTPUT :




Hmm....

Malam Semalam Abah call.. rindunyer kat abah mak!!!!

Hmm... hopely abah sihat2 selalu walau ima tau.. abah da tak macam dulu agi..

hurm.. ntah la...

pening pikir macam2 masalah...

rase cam nak pecah pale dbuatnyer!

tension...

hmm....

next week test lagi...

alahai... short sem wat ima stress...

hurm...~

Cam nak gi jauh2...

Duk tepi pantai... jerit kuat2..

AaaAAAaaAAaaaaAAaaaaa~ !!

huk!

hurm... ntah la... ta tau la...

Rase sepi jep..

Huh!!!

Ape2 pon kan... eheeEe~

tak sabar nak tunggu 3hb Sept... ^^,

Wednesday, August 18, 2010

:: KELEBIHAN BULAN RAMADHAN ::





Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

(Surah Al-Baqarah: 185)

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”

(Shahih Ibnu Khuzaimah)

Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

(Surah Az-Zumar: 10)

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda:

Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”

(Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)

:: 18 OgOs 2010 ::


Lokasi : CC Library
Jam : 3.30ptg
Status : Baru tamatkan class Hardware
Mood : ntah ?




Assalamualaikum...

Hmm.... today bz ngan 2 test... Web authoring ngan Object Oriented Programming..

Huh! tension jek "link" ta sempat nak wat... huk3..

ilang r markah utk wat "link"

hmmm... then paling sedih ta pat nak alik kampung plak mggu nih!

huk3...

bajet ta cukup...

so, tunda sampai 3hb sept. baru alik....

hurm...

sunyi sepi...

ntah...~

minggu depan plak test Human computer interaction ngan computer hardware..


wAaaAA!!!


bz ngan test yg bertimbun!!


semester ni mmg kelam kabut dibuatnyer!!

huhu...

Sabar2...

Tabahkan hatimu...

Amin~

k,lah...

time to wat imbasan terakhir... pukul 5-6 ptg test OOP(object oriented programming)..

Bace pon tak masuk ke otak..

fikiran melayang ntah ke mane...

hurm~..


Wassalam~~~~~~~~~~~!

Monday, August 16, 2010

:: MAHKOTA UNTUK AYAH ::





“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah.
Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah.
Udin takkan bantah cakap ayah.
Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim.
Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.
Jiwanya dibentur gundah.
Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah.
Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan.
Seakan-akan dia membelai kepala ayah.
Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.
“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”
Udin tidak dapat meneruskan bicara.
Kerongkongnya terasa perit.
Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.
“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.

**********************************************

Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar.
Kesan-kesan merah tampak jelas.
Air mata ditahan.
Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur.
Menangis ertinya lemah.
Ayah tidak adil.
Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah.
Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan.
Ayah memang tidak sayangkan dia.
Ayah hanya sayangkan Kak Sarah. Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah.
Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya.
Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia.
Kak Sarah memang gatal mulut.
Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama.
Kak Sarah memang menyibuk.
Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar.
Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan.
Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.
“ Nanti!” Kak Sarah menahannya.
“Apa lagi!” sergah Udin.
Mukanya merona merah.
“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut.
Cuba menyiram api kemarahan adiknya.
Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah.
Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin.
Udin lemas selalu dileteri ayah.
Ayah selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Kak Sarah.
Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah.
Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya.
Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran.
Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.
Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains.
Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak.
Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun.
Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.
Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama.
Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak.
Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.
Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini.
Degilnya bukan sedikit.
Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah.
Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga.
Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang.
Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja.
Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.
Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah.
Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya.
Mujur ada emak.
Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah.
Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.
“ Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin.
Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.
“ Sudah ayah,” Udin gugup.
Matanya disapa sayu.
Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah.
Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan.
Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya. Pada mulanya Udin berasa tertekan amat.
Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin. Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran.
Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah. Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah. Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa. Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia. Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.
“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.
“ Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya. “ Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi...”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma. “Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.
Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung.
Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah.
Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang.
Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.
Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya.
Angin kembali berpuput mesra.
Seolah-olah memujuk udin.
Seolah-olah merestui impiannya.
p/s : cerita ni ima amik dari satu website pendidikan... sedih gak la... leh jadi pedoman.. ^^, selamat membaca!
- huhu.. tak sehat.. pening2 hampir pitam.. tggu masa jek ni! aish! ~

Sunday, August 15, 2010

:: 15 ogOs 2010 a.k.a 5 ramadhan::

Assalamualaikum...

hmm.. skang kat cc.. baru pas print assgment,lab yang berlambak..hmmm...

maybe jumaat ni balik kg... tension duk penang.. rase cam sorg2 je...

^^, tak sabar plak nak alik... berbuka ngan mak abah kakak abg and anak buah yg comel2 tu..

ehEe~

hmmm....

skg ni dlm perancangan nak cari duit lebih...

so... dalam fikiran da ade 1 idea.. but ta tau la leh bejalan ngan lancar or tak...

wait and see.. ^^,

hmm...

hati ke hati?

entah~...

ta rase pape...

sedih?

kecewa?

pedih?

perit?

hmm...

entah..~

GEMBIRA????

oh... agi r tak tau...

maybe nak jadi tunggul kayu yang ta de perasan seketika sebelum kembali pulih..

okey gak tu kan?

takde wat hati sape2 terluka...

hmm...

good iDea...

^^,

k,lah...

next time celoteh mgarut2 agi...

Fiaamanillah... ^^


Wassalam...

Wednesday, August 11, 2010

:: UNTUKMU ADAM DAN HAWA ::





Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.




Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

=====================================
Untukmu Adam :


Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :



Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.


p/s: ^^,

renung2 kan selamat beramal... bukan utk diri ima jek ...ia gak utk sahabat2 ima semua..

Wasalam...

Fiaamanillah...

Sunday, August 8, 2010

:: Salam Ramadhan Al-Mubharak ::

Asslamualaikum....
Pejam celik pejam celik da nak masuk bulan RAMADAN....
Hmm.. kali ni cam sedih jea... 1st puasa ta sambut sesame ngan mak abah...
Teringat dulu.... time mula2 sahur, mak kejutkan ima... EhEee~
Rindu plak saat tu.. Now da jauh... hurm~
Tapi ta pe! semggu sblum raye sempat agi puasa ngan mak abah....
^^, dikesempatan ini...
ima nak ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang akan tiba nanti kat seluruh
umat Islam dimuka bumi Allah ini...
Semoga kita dpt hayati dgn penuh erti dibulan yang mulia ini...
InsyaAllah...
^^, Selamat berpuasa k!!
wassalam...